Selasa, 14 Ogos 2012

ISDEV PAPER SERIES: TASAWWUR DALAM PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Oleh Dr. Mohd Shukri Hanapi
ISDEV Paper Series, No. 13
Cetakan Pertama, 2010
25 Muka Surat

Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis kedudukan tasawwur Islam dalam pembangunan berteraskan Islam (PBI). Tasawwur Islam di sini merujuk kepada gambaran bentuk Islam yang hakiki. Ia menjadi keyakinan dan amalan dalam kehidupan umat Islam. Setiap individu yang mendapat gambaran bentuk Islam yang hakiki ini, hubungannya dengan Pencipta dan sesama makhluk akan menjadi baik. Kenyataan ini jelas mempamerkan tasawwur Islam sebagai acuan dalam mencorakkan segala kehidupan manusia. Jika tasawwur Islam sebagai acuan kepada kehidupan manusia, apakah pula kedudukannya dalam teori PBI? Kertas kerja ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara utama. Pertama ialah meneliti konsep PBI. Kedua pula ialah meninjau konsep dan elemen-elemen asas tasawwur Islam, manakala ketiga ialah menganalisis tasawwur Islam yang diletakkan sebagai acuan PBI. Hal ini dibuat dengan menumpukan perbincangan kepada pandangan pemikir PBI Muhammad Syukri Salleh dan tokoh-tokoh pemikir Islam kontemporari yang lain. Semua pandangan ini ditinjau berdasarkan penulisan-penulisan yang sedia ada. Akhirnya makalah ini merumuskan bahawa tasawwur Islam itu sememangnya acuan kepada pembinaan konsep dan pelaksanaan teori PBI.

**** Makalah ini adalah versi semakan kertas kerja bertajuk Meletakkan Tasawwur Sebagai Acuan Pendidikan Islam: Kes Pembangunan Berteraskan Islam yang telah dibentangkan di The First AMRON (ASEAN Muslim Research Organization Network) International Conference, anjuran Walailak University, pada 2 hingga 3 Oktober 2010, di Walailak University, Nakhon Si Thammarat, Thailand.

Sabtu, 4 Ogos 2012

BEZA TASAWUR PEMBANGUNAN ISLAM DAN TASAWUR PEMBANGUNAN LAZIM

Artikel ini bertujuan menjelaskan perbezaan antara pembangunan berteraskan Islam dengan pembangunan lazim. Kedua-duanya didapati bukan sahaja berbeza dari aspek kemunculannya, tetapi juga dari aspek akar umbinya atau tasawurnya. 

Artikel Mohd Shukri Hanapi yang disiarkan dalam Berita Harian, 18 Jun 2012 (Rabu), hlm.N6