Selasa, 14 Mei 2013

Application to Master of Islamic Development Management (Mixed Mode) at USM for Semester 1, 2013/2014 Academic Session (September Intake)

Assalamualaikum w.b.,
Sdr/i yang dikasihi,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) secara Mod Campuran di ISDEV Universiti Sains Malaysia telah dibuka dari 18 Mac hingga 14 Jun 2013.

Program ini hanya mengambil masa selama 3 Semester (setahun setengah) sahaja. Setiap pelajar hanya perlu mengikuti 4 mata pelajaran dan menulis satu Disertasi mengandungi 25,000 perkataan (maksima). Pemohon yang mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 2.75 di peringkat Sarjana Muda layak dipertimbangkan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web http://www.ips.usm.my atau muat turun borang permohonan di http://www.ips.usm.my/downloads/admission

Sukacita saya memohon bantuan sdr/i untuk mewarwarkan perkara ini kepada sesiapa yang dirasakan sesuai dan mungkin berminat.

Bantuan sdr/i saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Rabu, 24 April 2013

POLA TASAWUR PEMBANGUNAN DALAM AL-QUR'AN: KAJIAN TAFSIR TEMATIK

Dalam Workshop Antarbangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI-6) anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) Medan, dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, pada 22 April 2013, di Kampus Kedokteran UMSU, Medan, Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, saya diizinkan Allah SWT untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk pola tasawur pembangunan dalam al-Qur'an.

Sebenarnya, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis ayat-ayat al-Qur’an berkaitan tasawur pembangunan. Tasawur pembangunan yang dimaksudkan di sini ialah gambaran komprehensif dan hakiki mengenai pembangunan berteraskan Islam (PBI). Ia bertujuan menjelaskan ciri-ciri konsepnya secara benar dan menyeluruh sehingga menjadi asas kepada segala aktiviti pembangunan dalam kehidupan manusia. Dalam al-Qur’an, ayat-ayat berkaitan tasawur pembangunan berada secara terpisah-pisah dalam pelbagai surah. Persoalannya, apakah ayat-ayat al-Qur’an yang membincang tentang tasawur pembangunan? Bagaimanakah pola tasawur pembangunan yang dibina berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an yang dikenalpasti itu? Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, perbincangan dalam kertas kerja dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an terpilih berkaitan tasawur pembangunan; kedua, menganalisis ayat-ayat tasawur pembangunan yang dikenal pasti itu secara tafsir tematik; dan ketiga, membina pola tasawur pembangunan berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an yang dikenal pasti itu. 

Akhirnya penelitian kualitatif ini merumuskan pola tasawur pembangunan dalam al-Qur’an itu terdiri daripada enam elemen. Pertama, berpaksikan tauhid; kedua, berkaedahkan pengabdian diri/beribadah kepada Allah SWT; ketiga, manusia hamba dan khalifah sebagai pelaku pembangunan; keempat, sumber alam sebagai alat atau wasilah pembangunan; kelima, keseimbangan antara dunia dan akhirat; dan keenam, bermatlamat mencapai keredhaan Allah SWT. Pola tasawur pembangunan yang dibina berdasarkan al-Qur’an ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Rabu, 26 Disember 2012

FROM JAHILIYYAH TO ISLAMIC WORLDVIEW: IN SEARCH OF AN ISLAMIC EDUCATIONAL PHILOSOPHY

Dr. Mohd Shukri Hanapi 
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.
Tel: 04-6532803; Mobile: 019-5183823;
Fax: 04-6532124
E-mail: hshukeri@yahoo.com

Abstract: In solving Islamic-related problems, some Muslims hold to the belief that conventional ideas embedded in unIslamic worldview and philosophical construct can be used as long as they are not contrary to Islamic teachings. Such a stance has become a sort of philosophical underpinnings in Islamic education. One main justification given was the acceptance and adoption of the Jahilliyyah practices by Rasulullah SAW himself during his life time. But the question is, what was the nature of these Jahiliyyah-originated practices adopted and practiced by Rasulullah SAW? Were they adopted and practiced in full without any changes or were they revamped hence the difference? This paper attempts to seek for the answer through two main purposes. Firstly, to identify the Jahiliyyah practices allegedly to have still been accepted and practiced in Islam. Secondly, to analyze the worldview of these Jahiliyyah-originated practices within an Islamic philosophical construct. The analysis will be based on selected practices of the Jahiliyyah that have been adopted by Rasulullah SAW. This historiography study concludes that the similarities of these practices if any, eventhough seem to be similar to those practiced by the Jahiliyyah, only evolved around their names and terms, while the structures and its roots have been revamped by Rasulullah SAW. The concept of practices in Islam too is vastly different from the Jahiliyyah practices as they have been formed by an Islamic worldview which includes the elements of akidah, ibadah and akhlaq. The revelations received by Rasulullah SAW themselves are the proofs that Islam is absolutely free from Jahiliyyah practices. The arguments that are used by those who advocate the usage of conventional ideas to solve the problems that are related to Islam therefore are incorrect. When their justifications are refuted, then their claims inevitably have to be similarly denied. 

Keywords: Jahiliyyah, Islamic Worldview, Islamic Philosophical Construct, Historiography



A paper is presented at 2nd International Conference Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies (SOASCIS), organized by SOASCIS, Universiti Brunei Darussalam (UBD), at UBD, on 5-7 November.

Rabu, 26 September 2012

EPISTEMOLOGI DAN TASAWUR ILMU ISLAM DAN BARAT




Nota: Artikel yang ditulis oleh Prof. Datuk Dr. Sidek Baba (2009). “Kemelut Palestin Yang Tiada Kesudahan”, Milenia Muslim, Thn. 9, Bil. 122, Oktober, Kuala Lumpur: MMP Communications Sdn. Bhd., hlm. 66-67.

Khamis, 20 September 2012

EVOLUSI TASAWUR PEMIKIRAN MELAYU

Tasawur pemikiran Melayu mengalami evolusi yang cukup panjang. Ia dikatakan bermula dengan tasawur primitif sebelum beralih kepada tasawur Hindu-Buddha dan tasawur Islam. Persoalannya, apakah dengan kedatangan Islam sekitar abad ke-12 hingga ke-15 Masehi tasawur pemikiran orang Melayu itu berjaya dicorakkan oleh tasawur Islam? Adakah elemen-elemen tasawur primitif dan Hindu-Buddha yang berpengaruh dalam pemikiran orang Melayu berjaya dirobah sepenuhnya? Untuk menjawab kedua-dua persoalan ini, makalah ini cuba memfokuskan perbincangan kepada tiga perkara utama, iaitu tasawur primitif, tasawur Hindu-Buddha dan tasawur Islam.



Selasa, 14 Ogos 2012

ISDEV PAPER SERIES: TASAWWUR DALAM PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Oleh Dr. Mohd Shukri Hanapi
ISDEV Paper Series, No. 13
Cetakan Pertama, 2010
25 Muka Surat

Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis kedudukan tasawwur Islam dalam pembangunan berteraskan Islam (PBI). Tasawwur Islam di sini merujuk kepada gambaran bentuk Islam yang hakiki. Ia menjadi keyakinan dan amalan dalam kehidupan umat Islam. Setiap individu yang mendapat gambaran bentuk Islam yang hakiki ini, hubungannya dengan Pencipta dan sesama makhluk akan menjadi baik. Kenyataan ini jelas mempamerkan tasawwur Islam sebagai acuan dalam mencorakkan segala kehidupan manusia. Jika tasawwur Islam sebagai acuan kepada kehidupan manusia, apakah pula kedudukannya dalam teori PBI? Kertas kerja ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara utama. Pertama ialah meneliti konsep PBI. Kedua pula ialah meninjau konsep dan elemen-elemen asas tasawwur Islam, manakala ketiga ialah menganalisis tasawwur Islam yang diletakkan sebagai acuan PBI. Hal ini dibuat dengan menumpukan perbincangan kepada pandangan pemikir PBI Muhammad Syukri Salleh dan tokoh-tokoh pemikir Islam kontemporari yang lain. Semua pandangan ini ditinjau berdasarkan penulisan-penulisan yang sedia ada. Akhirnya makalah ini merumuskan bahawa tasawwur Islam itu sememangnya acuan kepada pembinaan konsep dan pelaksanaan teori PBI.

**** Makalah ini adalah versi semakan kertas kerja bertajuk Meletakkan Tasawwur Sebagai Acuan Pendidikan Islam: Kes Pembangunan Berteraskan Islam yang telah dibentangkan di The First AMRON (ASEAN Muslim Research Organization Network) International Conference, anjuran Walailak University, pada 2 hingga 3 Oktober 2010, di Walailak University, Nakhon Si Thammarat, Thailand.