Oleh Dr. Mohd Shukri
Hanapi
ISDEV Paper Series,
No. 13
Cetakan Pertama, 2010
25 Muka Surat
Cetakan Pertama, 2010
25 Muka Surat
Makalah
ini bertujuan meneliti dan menganalisis kedudukan tasawwur Islam dalam
pembangunan berteraskan Islam (PBI). Tasawwur Islam di sini merujuk
kepada gambaran bentuk Islam yang hakiki. Ia menjadi keyakinan dan amalan dalam
kehidupan umat Islam. Setiap individu yang mendapat gambaran bentuk Islam yang
hakiki ini, hubungannya dengan Pencipta dan sesama makhluk akan menjadi baik.
Kenyataan ini jelas mempamerkan tasawwur Islam sebagai acuan dalam
mencorakkan segala kehidupan manusia. Jika tasawwur Islam sebagai acuan
kepada kehidupan manusia, apakah pula kedudukannya dalam teori PBI? Kertas
kerja ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara
utama. Pertama ialah meneliti konsep PBI. Kedua pula ialah meninjau konsep dan
elemen-elemen asas tasawwur Islam, manakala ketiga ialah menganalisis tasawwur
Islam yang diletakkan sebagai acuan PBI. Hal ini dibuat dengan menumpukan
perbincangan kepada pandangan pemikir PBI Muhammad Syukri Salleh dan
tokoh-tokoh pemikir Islam kontemporari yang lain. Semua pandangan ini ditinjau
berdasarkan penulisan-penulisan yang sedia ada. Akhirnya makalah ini merumuskan
bahawa tasawwur Islam itu sememangnya acuan kepada pembinaan konsep dan
pelaksanaan teori PBI.
**** Makalah ini adalah versi semakan kertas kerja bertajuk Meletakkan
Tasawwur Sebagai Acuan Pendidikan Islam: Kes Pembangunan Berteraskan Islam yang
telah dibentangkan di The First AMRON (ASEAN Muslim Research Organization
Network) International Conference, anjuran Walailak University, pada 2
hingga 3 Oktober 2010, di Walailak University, Nakhon Si Thammarat, Thailand.